JUN 2023

Premier Sarawak Tunai Solat Sunat Aidiladha Di Masjid Jamek Negeri Sarawak


KUCHING, 29 Jun - Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg menunaikan solat sunat Hari Raya Aidiladha di Masjid Jamek Negeri Sarawak pada pagi tadi. 

Beliau tiba di pekarangan Masjid Jamek Negeri Sarawak kira-kira jam 8 pagi. 

Turut menyertai solat sunat Aidiladha tersebut ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan jemaah-jemaah lain.

Solat sunat Aidiladha dipimpin oleh Imam Besar Sarawak, Sahibul Fadilah Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi. 

Selesai solat sunat Aidiladha tersebut, Premier Sarawak kemudian menghadiri Majlis Qurban Perdana anjuran Majlis Islam Sarawak pada jam 9 pagi. 

Seterusnya beliau menyempurnakan simbolik penyembelihan dan pengagihan daging korban kepada 207 penerima Asnaf. -Sarawakku

Sumber dari : Sarawakku